Analysing

3 Kenapa Anak Susah Fokus Ketika Belajar?

Published on: 6 June 2026

Ramai ibu bapa fikir anak susah fokus sebab “malas” atau “tak dengar cakap”. Tapi sebenarnya, focus problem ni usually datang dari banyak faktor luar dan dalam yang kita boleh analyse dan adjust.

Analyse Masalah Yang Sedia Ada - Environment, People, Equipment, Time, Food

First sekali, kena tengok environment anak belajar.

Adakah tempat belajar dia bising? Ada TV on, phone dekat sebelah, atau adik-beradik ganggu?

Then tengok juga people around them. Kadang-kadang bukan anak tak fokus, tapi orang sekeliling asyik interrupt.

Equipment pun penting. Meja sempit, lighting tak cukup, atau alat belajar tak complete boleh buat anak cepat hilang minat.

Time pun memainkan peranan. Ada anak yang focus pagi, ada yang lebih aktif petang atau malam.

Last sekali, jangan lupa food. Sugar high dari makanan manis boleh buat anak jadi hyper lepas tu cepat “crash” dan tak boleh fokus lama.

Relatekan Hobi Anak dan Pembelajaran

Kalau anak suka game, cartoon, drawing atau sports, jangan terus stop semua tu.

Instead, try relatekan dengan pembelajaran.

Contoh:

  • Suka game → guna gamification dalam belajar (score, level, reward)
  • Suka drawing → guna mind map, color notes
  • Suka talking → belajar through explanation atau storytelling

Bila anak rasa “this is interesting”, naturally focus mereka akan increase.

Task Based Reward Method

Anak-anak lebih mudah fokus bila ada clear goal.

Bukan sekadar “study sampai habis”, tapi bagi task kecil:

  • Siapkan 1 page math → boleh rehat 5 minit
  • Jawab 5 soalan → boleh tengok video pendek
  • Baca 1 topic → boleh dapat small reward

Reward tak semestinya benda besar. Kadang pujian pun cukup kuat untuk motivate mereka.

Anak Sekarang & Teknologi - Gunakan Dengan Bijak

Anak-anak sekarang memang dah exposed dengan teknologi dari awal usia. Jadi instead of melawan teknologi, lebih baik kita integratekan dalam kehidupan harian secara optimum.

Contohnya:

  • Educational apps
  • Video learning
  • Interactive quiz online
  • Learning through YouTube (with guidance)

Teknologi boleh jadi alat yang powerful kalau digunakan dengan cara yang betul, bukan sekadar distraction.

Adjust Mengikut Keperluan Setiap Anak

Setiap anak itu unik.

Sebagai ibu bapa, kita kena bijak untuk adjust approach ikut personality dan keperluan mereka. Apa yang sesuai untuk seorang anak, mungkin tak sesuai untuk anak yang lain.

Bila kita faham cara mereka belajar dan berfikir, kita boleh bantu mereka develop lebih baik.

Dunia Anak Akan Dibentuk Dari Cara Mereka Belajar

Cara anak belajar dan memahami dunia sekarang akan influence cara mereka melihat masa depan.

Kalau mereka sentiasa struggle tanpa guidance, mereka boleh jadi cepat hilang keyakinan atau salah interpretasi tentang kemampuan diri sendiri.

Tapi kalau kita guide dengan cara yang betul, mereka akan lebih yakin, lebih adaptive, dan lebih bersedia untuk dunia yang sentiasa berubah.