Anak tantrum bukan bermaksud mereka “nakal” atau “degil semata-mata”. Sebenarnya, tantrum adalah cara anak express emosi bila mereka tak tahu nak explain dengan words.
Sebagai ibu bapa, kita kena faham bahawa ini adalah satu proses perkembangan emosi yang normal.
Berhenti Seketika Dan Fokuskan Pada Anak
Apabila anak tantrum, mesti ada sesuatu yang sedang berlaku dalam fikirannya.
Dan disebabkan anak belum pandai control emosi dengan baik, mereka akan luahkan melalui tangisan, jeritan atau tindakan agresif kecil.
Dalam situasi ini, ibu bapa perlu stop seketika apa yang sedang dibuat dan fokus pada anak.
Bukan untuk marah, tapi untuk “presence” bersama mereka. Kadang-kadang anak tak perlukan jawapan, dia cuma perlukan kita ada dengan dia.
Tukar Tempat Yang Lebih Tenang
Environment sangat memainkan peranan penting untuk control situasi tantrum.
Kalau berada di tempat ramai orang, supermarket atau kawasan bising, cuba bawa anak ke tempat yang lebih tenang.
Contohnya:
- Sudut yang tak orang
- Dalam kereta sekejap
- Keluar dari kawasan crowded
- Keluar dari rumah
Bila environment lebih calm, emosi anak juga akan lebih cepat stabil.
Duduk selevel dengan anak supaya dia rasa kita bukan “atas dia”, tapi bersama dia.
Ibu Bapa Hanya Perlu Diam (Jangan Terus Marah)
Ini paling susah tapi paling penting.
Sementara anak masih dalam mode tantrum, jangan terus menambah emosi dengan marah atau menjerit balik.
Bila dua-dua pihak emosi tinggi, situasi akan jadi lagi teruk.
Kadang-kadang silence is powerful. Bagi ruang untuk anak release emosi dia dulu.
Ibu bapa hanya perlu hadir, tenang, dan steady. Ini bantu anak rasa lebih selamat.
Mula Bertanya Tentang Kamahuan Anak
Bila anak dah mula tenang sikit dan boleh bernafas normal, baru kita mula communicate.
Gunakan suara yang lembut dan simple:
- “Adik nak apa sebenarnya?”
- “Boleh cerita dekat mama/papa?”
- “Apa yang buat adik sedih tadi?”
Ketika ini, baru boleh mula discuss secara lebih rational.
Kalau permintaan anak tak sesuai, jangan terus tolak. Cuba bagi alternatif.
Contoh:
“Hari ni tak boleh main lama, tapi nanti kita sambung lagi”
“Tak boleh beli sekarang, tapi kita boleh masuk dalam wishlist dulu ya”
Peluk Sebagai Tanda Kasih dan Sayang
Selepas keadaan dah reda dan kedua-dua pihak lebih tenang, berikan pelukan kepada anak.
Pelukan bukan sekadar “sweet moment”, tapi signal emotional security untuk anak.
Ia beri mesej bahawa:
- “Walaupun adik marah tadi, mama/papa tetap sayang”
- “Emosi adik valid, tapi kita belajar sama-sama”
Ini sangat penting untuk membentuk emosi yang sihat dalam diri anak.