Analysing

Anak Saya Lebih Pandai Belajar Secara Visual atau Mendengar?

Published on: 4 June 2026

Setiap anak mempunyai cara belajar yang berbeza. Ada yang cepat faham bila nampak gambar, video atau demonstrasi. Ada pula yang lebih mudah faham bila mendengar penerangan daripada guru, ibu bapa atau melalui audio.

Sebagai ibu bapa, memahami cara anak belajar boleh membantu mereka belajar dengan lebih seronok dan berkesan.

Observe Anak Apabila Memberi Tugasan (Patient is Key)

Cuba beri anak satu tugasan yang mudah seperti melipat baju, menyusun permainan atau membuat origami.

Kemudian perhatikan bagaimana mereka belajar.

Adakah mereka terus faham selepas melihat contoh? Atau mereka lebih suka mendengar arahan langkah demi langkah?

Jangan terus buat kesimpulan dalam satu hari. Observe beberapa kali dalam situasi yang berbeza. Kadang-kadang anak perlukan masa untuk menunjukkan kecenderungan sebenar mereka.

Patience is key. Every child learns at their own pace.

Fahami Bagaimana Anak Enjoy Learning Session

Perhatikan aktiviti yang mereka paling suka.

Jika anak suka menonton video pembelajaran, melihat gambar atau melukis, mereka mungkin mempunyai kecenderungan visual yang lebih kuat.

Jika mereka suka mendengar cerita, bertanya banyak soalan atau suka berbual tentang sesuatu topik, mereka mungkin lebih cenderung kepada pembelajaran melalui pendengaran.

Aktiviti yang mereka pilih secara semula jadi sering memberikan petunjuk tentang gaya pembelajaran mereka.

Look at How They Remember Information

Cuba tanya semula apa yang mereka belajar selepas beberapa hari.

Anak visual biasanya akan mengingati gambar, warna, bentuk atau kedudukan sesuatu perkara.

Anak yang lebih cenderung kepada pendengaran pula sering mengingati kata-kata, perbualan atau penerangan yang pernah mereka dengar.

Cara mereka mengingati sesuatu boleh membantu anda memahami bagaimana otak mereka memproses maklumat.

Jangan Fokus Hanya Pada Satu Learning Method - A BIG No

Ramai ibu bapa cuba menggunakan satu cara yang sama untuk semua anak.

Hakikatnya, apa yang berkesan untuk abang mungkin tidak berkesan untuk adik.

Jika anak kurang memberi respon kepada satu kaedah pembelajaran, cuba pendekatan lain. Kadang-kadang sedikit perubahan dalam cara penyampaian boleh memberikan perbezaan yang besar.

Kebanyakkan Anak-Anak Boleh Adjust Diri Ikut Learning Style Yang Sesuai

Penting untuk diingat bahawa tidak semua anak tergolong dalam satu kategori sahaja.

Ada anak yang suka melihat gambar dan pada masa yang sama suka mendengar penerangan. Ada juga yang belajar lebih baik apabila mereka melakukan aktiviti secara hands-on.

Sebab itu, memahami anak memerlukan pemerhatian yang berterusan dan bukan berdasarkan satu situasi sahaja.

Understanding Your Child Beyond Learning Styles

Cara belajar hanyalah sebahagian daripada diri anak. Setiap anak mempunyai kekuatan, minat, personaliti dan potensi yang unik.

Apabila ibu bapa memahami kecenderungan semula jadi anak, lebih mudah untuk membantu mereka berkembang dengan keyakinan dan menikmati proses pembelajaran.

Kerana setiap anak mempunyai kelebihan tersendiri, dan tugas kita bukan untuk mengubah mereka menjadi orang lain, tetapi membantu mereka menjadi versi terbaik diri mereka sendiri.

DMIT boleh bantu anda analisis perwatakan dan kecendurungan anak anda dalam tumbesaran mereka setiap hari.